.o w n e r.

My photo
Kulai - Kuala Terengganu, Johor - Terengganu, Malaysia
mother of 2 awesome DamienMedina. currently working from home ( Qaseh Gold and babystuff)

Pages

Saturday, September 5, 2009

.saje-boring.

hai kwn-kwn..

oleh sbb aku rajin sket arini..aku nak post lawak-lawak yang aku amek dari majalah..ops!yang pernah aku bace..hehe..

lawak 1 (gol)

"gol!gol!" teriak si ayah yang sedang menonton perlawanan bola sepak di rumah. Anaknya duduk di sebelah dan bertanya..

anak : "gol tu maksudnya ape ayah?"
ayah : "gol tu ertinya masuk"

ayahnya menjawab spontan. Tiba-tiba datang seorang tetamu memberi salam. Si anak pun menjawab salam itu dan meluru ke pintu lalu berkata..

"oh pakcik Selamat . Silakan gol..sila..sila..!"

lawak 2 ( percaya siapa)

Salleh menemui Sani untuk meminjam kudanya.

Salleh : Sani, boleh tak aku nak pinjam kuda kau sekejap?
Sani : Kuda aku tak ada. Ada orang pinjam.

Tiba-tiba terdengar suara kuda dari belakang rumah Sani.

Salleh : Eh..eh!tu suara kuda kau kan?
Sani : Kau ni percaya siapa?kuda atau aku??

erk..

lawak 3 (kopi yang tak boleh diminum)

seorang datuk sedang berbual-bual dengan cucunya yang baru tamat belajar.

Atuk : cu, sekarang atuk nak uji kamu sejauh mana ilmu perguruan yang kamu dapat masa di kampus dulu.
Cucu : baiklah..atuk nak uji ape?
Atuk : suka minum kopi tak?
Cucu : suka..kenape atuk?
Atuk : kopi apa yang tak boleh diminum?
Cucu : kopi yang masih panas!
Atuk : bagus..salah!
Cucu : hmm..kalau macam tu mesti kopi yang masih mentah.
Atuk : salah juga..
Cucu : baiklah..sya mengaku masih belum cukup ilmu. apa jawapannya atuk?
Atuk : kopi tumpah lerrrr...hehehe..

lawak 4 (lampu kereta)

suatu hari, Rudi pulang dari kerja. Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba lampu keretanya mati. Nasib baiklah ada sebuah kereta di hadapannya, lalu Rudi pun mengikutnya dari belakang. Ketika Rudi baru hendak menekan pedal minyak, tiba-tiba kereta di hadapannya berhenti secara mengejut. si Rudi pun bengang dan terus keluar dari keretanya..

Rudi : encik,kenapa berhenti tiba-tiba ni?
Pemandu : eh..!memang salah awak pun. ini kan depan rumah saya..Tak nampak pagar besar kat depan nih?!?

psst!-adush..letih da taip..huk3x..sekian wassalam..(*_*)

No comments:




Formspring Icon (50x50) Pictures, Images and Photos" />